Semua sekolah mempunyai Pusat Sumber. Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi kepada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Berbagai koleksi terkumpul di dalamnya. Ianya merupakan sumber ilmu yang amat penting di dalam sesebuah sekolah. Ia sepatutnya menjadi penggerak utama kepada pertumbuhan dan perkembangan minda murid. Pusat Sumber sekolah sebenarnya satu evokasi yang secara beransur-ansur telah berkembang terutamanya yang berhubungkait dengan perkembangan dan kemajuan pendidikan di Negara kita.
Sekiranya Pusat Sumber Sekolah itu telah dilengkapkan dengan kemudahan seperti alat atau bahan yang sophisticated dan memberi perkhidmatan serta kemudahan memuaskan tetapi penggunaannya adalah terhad, maka ianya tidak dapat memberikan sumbangan secara berkesan demi untuk meningkatkan mutu pelajaran. Oleh itu, orientasi penggunaan alat atau bahan Pusat Sumber Sekolah sangat penting dan harus diberi keutamaan supaya guru-guru dan murid dapat menggunakan alat atau bahan dengan penuh yakin.
Kesimpulannya, Pusat Sumber Sekolah adalah salah satu system perkhidmatan untuk membolehkan semua pihak sekolah mencapai matlamat kurikulumnya. Hasil gabungjalinan pengurusan dan usahasama guru, pelajar, bahan dan kemahiran akan dapat mempertingkatkan lagi prestasi pengajaran dan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment