Wednesday, March 4, 2009

Tuesday, March 3, 2009

CARTA ORGANISASI PSS

BORANG PELANTIKAN PSS

GAMBAR PSS SK2JB

SEJARAH PSS

Pengenalan

Pusat Sumber ini dinamakan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan (2) Jalan Bukit, Kajang. Rentetan penubuhannya ialah :

~ 1967 ~

Perpustakaan Hill Street Primary School (2) Kajang telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh En. Edward Jalleh. Selain daripada Bilik Perpustakaan, sudut bacaan di kelas-kelas juga diwujudkan.

~ 1969 ~

Pengerusi barunya ialah En. Yahya Aripin dan perpustakaannya semakin baik.

~ 1970 ~

Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan (2) Jalan Bukit, Kajang. Guru Besar pula ialah En. Mohd. Nor bin Abd. Manan. Di bawah bimbingan beliaulah Pusat Sumber Sekolah ini berkembang dengan majunya dan menjadi Pusat Sumber contoh Daerah Hulu Langat. Pusat Sumber Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Puan Rita Vias iaitu Pegawai dari Unit Teknologi di Jabatan Pendidikan Selangor pada bulan Januari 1983.

~ 1994 ~

Pusat Sumber sekolah ini telah dibahagikan kepada 3 bilik pula iaitu Bilik Perpustakaan, Bilik Bahan Bantuan Mengajar dan Bilik Visual. Ruang-ruang di Pusat Sumber juga telah ditambah seperti Sudut Bercerita, Laluan Ilmu, Panggung Boneka, Anjung Bacaan, Mini Muzium dan Sudut Bacaan di bilik darjah.

~ 1995 – 2005 ~

Pusat Sumber masih kekal dengan 3 bilik, iaitu Bilik Perpustakaan, Bilih Bahan Bantu Mengajar dan Makmal Komputer. Bilik-bilik ini telah dibaikpulih dan diceriakan. Manakala makmal Komputer diwujudkan pada tahun 2003.

SEKAPUR SIRIH

Semua sekolah mempunyai Pusat Sumber. Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi kepada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Berbagai koleksi terkumpul di dalamnya. Ianya merupakan sumber ilmu yang amat penting di dalam sesebuah sekolah. Ia sepatutnya menjadi penggerak utama kepada pertumbuhan dan perkembangan minda murid. Pusat Sumber sekolah sebenarnya satu evokasi yang secara beransur-ansur telah berkembang terutamanya yang berhubungkait dengan perkembangan dan kemajuan pendidikan di Negara kita.

Sekiranya Pusat Sumber Sekolah itu telah dilengkapkan dengan kemudahan seperti alat atau bahan yang sophisticated dan memberi perkhidmatan serta kemudahan memuaskan tetapi penggunaannya adalah terhad, maka ianya tidak dapat memberikan sumbangan secara berkesan demi untuk meningkatkan mutu pelajaran. Oleh itu, orientasi penggunaan alat atau bahan Pusat Sumber Sekolah sangat penting dan harus diberi keutamaan supaya guru-guru dan murid dapat menggunakan alat atau bahan dengan penuh yakin.

Kesimpulannya, Pusat Sumber Sekolah adalah salah satu system perkhidmatan untuk membolehkan semua pihak sekolah mencapai matlamat kurikulumnya. Hasil gabungjalinan pengurusan dan usahasama guru, pelajar, bahan dan kemahiran akan dapat mempertingkatkan lagi prestasi pengajaran dan pembelajaran.